Login

Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

MENU UTAMA

Web Link

Themes


(2 themes)

SISTEM A-QARYAH

PAUTAN

ALBUM MASJID

WIFI MASJID

Open in new window

Kemudahan sambungan WIFI Internet akan dibuka kepada pengunjung masjid.
Anda boleh membawa notebook/netbook dan melayari internet dikawasan masjid.

Diharap semua pengunjung menggunakan peluang dan kemudahan ini sebaik mungkin.

Juga ingin di ingatkan agar anda mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini dan mengawasi notebook/netbook anda sebaik mungkin.

Pihak masjid tidak boleh dipertanggungjawabkan keatas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat dari sebarang kecuaian.

CINTA ALLAH

TABONG MASJID

ENT NEWS

LIVE TRAFFIC

ZIARAH

sedekah.egg  on Aviary

PORTAL RASMI MASJID TAMAN KELADI

MENYUMBANG KEARAH KESEJAHTERAAN UMMAH


SEBARANG MASAALAH SEMASA MELAYARI LAMAN INI SILA HUBUNGI SETIAUSAHA MASJID SDR ZULKIFLI HJ SAID (012-4679880)

TAKZIAH/TAHNIAH/PENGHARGAAN

Ucapan Tahniah

Takziah

PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN


Pertubuhan Khairat Kematian Khariah Masjid Taman Keladi telah ditubuhkan sejak 1997. Semua anak qaryah layak memohon dan borang masuk ahli boleh didapati dari Sdr Ziulkifli Hj Said (Setiausaha).
Klik KHAIRAT KEMATIAN pada menu utama disebelah kiri.

SEMAKAN TERKINI STATUS KEAHLIAN

Anak Qaryah yang pernah menjadi ahli dikehendaki menyemak status keahlian khairat dengan KLIK menu utama disebelah -
Ahli Khairat 1 - Lrg Angsana 23, 25, 26 dan 27
Ahli Khairat 2 - Lrg Angsana 28, 29, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 41, 42 dan 43
Ahli Khairat 3 - Lrg Teja 1, 13, 14, 15, 16, 18 dan 19
Ahli Khairat 4 - Lrg Teja 20, 21, 22, 27, 29 dan 30
Ahli Khairat 5 - Lrg Teja 32, 33, 34, 35, 36 dan 37
Ahli Khairat 6 - Lrg Teja 38, Bandar Perdana, Jasmine, Keladi 2 dan Lain-lain


Catitan:

Anak Qaryah yang pernah mendaftar sebagai ahli dan mempunyai tunggakan yuran melebihi 2 tahun boleh terus menjadi ahli dengan membayar RM 40.00 sahaja mulai sekarang. Bagi yang belum menjelaskan yuran 2010 dan 2011 bolehlah berbuat demikian dengan membayar RM 40.00 dan jika 2011 sahaja sejumlah RM 20.00. Bayaran boleh dibuat kepada BENDAHARI QARYAH.

Keahlian baru juga dibuka mulai sekrang dan borang boleh diperolehi dari Setiausaha dengan bayaran RM 35.00 (termasuk yuran daftar masuk dan yuran tahunan semasa).


SEBARANG MASAALAH SILA HUBUNGI SETIAUSAHA - 012-4679880 ATAU EMAIL - zulteja@gmail.com

KHIDMAT KOMUNITI

MAJLIS KENDURI WALIMATUL URUS DI MASJID TAMAN KELADI
Anak qaryah Masjid Taman Keladi dipelawa untuk mengadakan kenduri walimatul urus di Masjid. Biro Pembangunan dan Ekonomi Masjid akan menyediakan beberapa kemudahan seperti katering, kelengkapan kenduri dan lain-lain berkaitan kenduri dengan kos yang berpatutan. Bersamalah kita membantu menjana ekonomi Masjid. Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh dibuat kepada Sdr Bakar (016-4847197).

PELANCARAN PROJEK WAKAF


Jumaat 24 Jun 2011 - Pelancaran Projek Wakaf seperti berikut:
a. Wakaf Saf Solat - projek wakaf lama dan diteruskan
b. Wakaf Meja Kuliah
c. Wakaf Pagar Masjidd. Wakaf Tar
Sesiapa yang berminat untuk berwakad sila hubungi Sdr Bakar (Bendahari) 016-4847197).
Info Mengenai WAKAF - klik WAKAF di menu utama atau klik URL berikut: http://tmnkeladi.a-masjid.com/modules/content/index.php?id=15

MESYUARAT JAWATANKUASA QARYAH

Open in new window

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA QARYAH
SEMUA JAWATANKUASA/PEGAWAI/JAWATANKUASA
TAMBAHAN DIJEMPUT HADIR

Mesyuarat tersebut diadakan pada:

Tarikh - 05 JULAI 2012
Hari - Khamis
Jam - 9.30 Malam
Tempat - Bilek mesyuarat Masjid Taman Keladi

PENGURUSAN JENAZAH


Semua jenazah anak qaryah Taman Keladi yang hendak dikebumikan diluar SP jika meninggal di Taman Keladi dikehendaki dimandi, dikafan dan di sembahyangkan didalam qaryah dan kemudian jenazah dihantar kemana sahaja ikut kemahuan waris. Jika jenazah dari Hosp, boleh dibawa terus ke kampong tanpa dimandi/ dikafan. Semua urusan jenazah qaryah dilakukan di masjid. Mana-mana qaryah di sekitar atau surau yang memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah boleh hubungi: 012-4679880 . Untuk info - Klik disini - http://tmnkeladi.a-masjid.com/modules/content/index.php?id=16
atau di Menu Utama.

SUMBANGAN TABUNG MASJID


Jawatankuasa Qaryah mengalu-alukan sumbangan dari anak qaryah didalam bentuk sumber kewangan bagi perlaksanaan aktiviti dan juga memperlengkapkan prasarana yang masih kekurangan seperti tar dan lain-lain. Sumbangan amat diperlukan - sila hubungi Tuan Imam 012-4427620 atau Bendahari 016-4847197.

TANAH PERKUBURAN



Tanah Perkuburan Islam Tradisional di Malaysia

Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)

Portal dan Sistem e-pusara

http://www.tpispkelisa.e-pusara.com

FACEBOOK

Tpisp Kelisa
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001957757309&ref=tn_tnmn

TPISP Kelisa

Zulkifli Said
http://www.facebook.com/profile.php?id=
100001424486677

YOU TUBE
http://www.youtube.com/user/zulteja?feature=results_maintpisp

SISTEM A-QARYAH

Open in new windowAHLI BARU YANG BERPINDAH MASUK KE QARYAH INI DIKEHENDAKI BERJUMPA DENGAN IMAM/SETIAUSAHA MASJID UNTUK MENGISI BORANG BANCIAN A-QARYAH ATAU MEREKA BOLEH MENGISI BORANG SECARA ATAS TALIAN (ON LINE). MEREKA YANG BERPINDAH KELUAR DIKEHENDAKI MEMAKLUMKAN KEPADA IMAM/SETIAUSAHA BAGI MEMUDAHKAN REKOD DIPOTONG DARI PENGKALAN DATA QARYAH.

PERKHIDMATAN KATERING KENDURI KAHWIN


Perkhidmatan ketering kenduri kahwin di Masjid Taman Keladi - perkhidmatan ini meliputi:
Khemah/Kerusi/Meja/Hiasan/Makanan dengan berbagai pakej menu ditawarkan. Harga berpatutan. Lokasi kenduri di Masjid atau rumah.
Sila hubungi Sdr Bakar (016-4847197)

HARI KEBESARAN ISLAM 1432/2011

IKLAN NGO (PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN)

IKLANEKA KOMERSIAL

TOPIK FORUM TERKINI

Forum Topic Replies Views Last Post
MAKLUMAT SISTEM A-QARYAH Perubahan & Tambahan Fungsi 0 746 2011/2/26 3:18
Mechatronic 

SEKOLAH KAFA INTEGRASI AL-ABRAR

Sekolah KAFA Integrasi Al-Abrar

Sekolah ini beroperasi di Musolla (Masjid lama) didalam dua sessi. Tahun 2 dan 3 sessi pagi dan Tahun 4 dan 5 sessi petang. Untuk keterangan - sila layari Blog Kafa - http://kafatmnkeladi.blogspot.com

Hari Ko-Korikulum KAFA 2012

KAFA Integrasi Al-Abrar Taman Keladi telah menganjurkan /selaku tuan rumah bagi aktiviti ko-korikulum KAFA Zon Bukit Selambau pada 14 Feb 2012 yang lalu dengan dihadiri oleh 19 buah KAFA didalam kawasan zon berkenaan. Majlis bermula jam 0830 pagi hingga jan 11.30 pagi.
Blog kami: http://kafatmnkeladi.blogspot.com/

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

Murid-murid KAFA yang sekarang berada didalam Tahun 5 akan mengambil UPKK tidak lama lagi. Sijil ini amat penting bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di masa hadapan. Ibu bapa/waris ddikehendaki menentukan kehadiran anak mereka didalam kelas dan juga semasa peperiksaan.

PEMBANGUNAN DAN EKONOMI

1. Pembinaan Gerai Masjid


Jawatankuasa Masjid Taman Keladi telah mendirikan 8 buah gerai yang telah dibuka dengan rasminya pada Jumaat 28 Jan 2011. Perasmian dilakukan oleh Tuan Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Tuan Sheikh Yusof bin Majid. Gerai-gerai berkenaan diantara lain menjalankan perniagaan:
(a) Gunting rambut
(b) Kedai Jahit
(c) Kedai Basikal
(d) Kedai Pakaian dan aksesori ibadah
(e) Kedai kitab/CD/Buku Rujukan
(f) Kedai runcit
(g) Kedai alatan perlbagai dan hiasan rumah
(h) Kedai makanan segera

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYOKONG KONSEP MENUMPUKAN KEGIATAN EKONOMI UMMAH DIMASJID.
............................................................................

2. Van Jenazah


Qaryah Masjid Taman Keladi menyediakan perkhidmatan Van Jenazah untuk penghantaran jenazah dari mana-mana lokasi di kawasan Sungai Petani ke mana-mana destinasi seluruh Semenanjung. Pihak Masjid/Qaryah/Surau/Hospital Kerajaan/Swasta/Pertubuhan/NGO/ orang persaorangan yang memerlukan perklhidmatan Van Jenazah boleh menghubungi Sdr Zulkifli Hj Said melalui telefon 012-4679880 atau 016-4391671.

AKTIVITI LAJNAH HAWA


Fesyen - sila layari - http://muslimah-fashion2u.blogspot.com

Aktiviti:
Jumaat - 9.00 - 11.00 pagi - Tajuid Ust Mariam
Sabtu - 9.00 - 11.00 pagi - Tajuid Ust Mariam
Rabu - 2.30 - 4.30 petang - Tafsir - Ust Shahruddin

HARI KEBESARAN ISLAM

HARI KEBESARAN ISLAM BERIKUTNYA IALAH:

PENDIDIKAN DAN AKEDEMIK

Program Motivasi/Jaya Waris


Menjelang Peperiksaan UPSR/PMR/SPM qaryah akan menganjurkan beberapa siri kursus motivasi/bacaan surah Yassin dan bekerjasama dengan sekolah berdekatan bagi kelas tambahan dan aktiviti berkaitan.
Program bermula Jul/Nob akan dimaklumkan dari masa kesemasa.

KHIDMAT KOMUNITI

1. Qurban dan Akikah Berkelompok

Biro HAWA setiap tahun dengan bantuan Biro 2 dan 4 menganjurkan ibadah qurban dan akikah berkelompok. Pendaftaran dibuka sekarang dengan harga satu tumpuk ialah RM 350.00.

KEMPEN ANTI MEROKOK

http://berhentirokok.blogspot.com/ Semua orang tahu merokok memudharatkan kesihatan,namun ketagihannya sukar di buang. Pengeluar rokok sememangnya telah mencampurkan bahan ketagihan supaya perniagaan mereka laris. Yang merana, siapa? perokok, duit keluar, penyakit masuk.

KASIHANILAH BAYI ANDA

Diantara berbagai jenama jenazah yang semakin bertanbah di negara kita, yang kejam antaranya ialah buang bayi. Apakah Malaysia di huni oleh gulungan seperti di Amazon yang membunuh anak secara live. Kini masyarakat di negara ini hampir menyerupai masyakat tersebut. Dimana agama dan kemanusiaan. Fikir-fikirkan lah.

ASMA UL-HUSNA

CALENDAR

Calendar

Date Converter

VISI

MISI

PIAGAM PELANGGAN

KULIAH BULANAN

BEBASKAN PALESTINE

BANCIAN ANAK QARYAH

WANITA SOLEHAH

Who's Online

3 user(s) are online

Members: 0
Guests: 3

more...

New Members

asyraf1987 2012/10/22
bae 2012/1/25
ishmandi 2011/3/4
shafim 2011/2/25
zul 2011/2/12
aliasnus 2011/2/12
Mechatronic 2011/2/10

WAKTU SOLAT

LAWATAN


Mulai dari 10.02.2011

ISLAMIC WORLD


Get Your News Widget